Harini kitorang gi lawatan ke Hospital Besar Tuanku Jaafar , Seremban sempena penjenamaan hospital tuh . Kami pergi bersama seorang guru pembimbing , Puan Nurmala Kasdanon . Pelajar pulak tak ramai pun yang pergi ='( 20 orang jer dari SMKTTJ . Yang lain tu dari sekolah SJ , DKP , Teknik TJ , dan lain-lain lagi lahh .
Kami dah ready awal-awal lagi kat gate sekolah sebelum pukul 8.00 . Hehe ^^ x sabar betul niee . Lepas semua dah ready bas pun gerak menuju ke Sekolah SJ pulak .! kami share bus "sharing is caring". Mereka semua duduk bahagian hadapan sebab kami dah kuasaii bahagian belakang ! Haa, Cikgu mereka tu , kalau nak tahu sebenarnya kakak kepada cikgu kami :D . Sampai kat sane dalam kol 9.00 camtu . . Sampai-sampai pulak tak terus sampai XD ! kami kena naik shuttle bus untuk ke hospital . Masuk je hospital pulak kami diberi makan + minum dulu , then , masuk dalam satu bilik ape tah ,,, untuk diberi taklimat =)
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan (A1,A2,A3,A4,A5 . . ./B1,B2,B3 . . .) , Dalam satu kumpulan ade dalam 10-15 orang kut . . Kemudian kami pun dibawa mengikut kumpulan ke tempat-tempat yang penting dalam hospital Kalau kumpulan A kami dibawa ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental (tak masuk wad okey!) , Unit Pemulihan Cara Kerja (yang ni best !!rasenye) , Unit Tabung Darah , Unit Fisioterapi , Unit Kesihatan Awam (ada sorang doktor ni dia lalu kat kitorang dan dia cakap "jangan jadi doktor,jangan jadi doktor" !! haha ! ) dan . . . Jabatan Forensik !!! Tapi kumpulan A je yang tak dapat masuk dalam .Kami pergi pun sebab semua orang teruja betul nak masuk sane , tapi , tak dapat masuk pulak .. Kumpulan B dapat sebab masa kitorang pergi tu ramai sangat jadi tak dapat nak masuk . ='( Untungla kumpulan B . . Kumpulan B pulak kalau tak silap mereka pergi Jabatan Pengimejan Diagnostik , Jabatan Forensik , Jabatan Farmasi dan lain-lain , ,maaf kalau salah . lagi 2 tak tahu =)
Habis je lawatan kami pun keluar dan turun tanpa menaiki shuttle bus . Naik je bas tak gerak-gerak sebab tunggu Fiqri dan Syazwan yang tak sampai-sampai . Lame jugak , tapi eloklah! Mereka sampai je , bas terus gerak tanpa lengah-lengah lagi . Bas hantar pelajar kami duluu ^^ dan sampai di hadapan sekolah rendah TTJ2 dalam pukul 12 lebih . Lepas tu , semuanya balik ke rumah masing-masing kecuali Santhiea dan cikgu Nurmala .. Mereka kembali ke sekolah . !
Akhir sekali , Lawatan ni memang penat walaupun singkat , tapi memang best! rasa macam , tak sabar nak jadi doktor !
dan , maaf kalau saya ada terkasar dan tersalah bahasa!